Wednesday, February 10, 2016

Surah 17 (81~90)

Bani Israil, dari ayat 81~90;


81. Dan katakanlah; “telah datang kebenaran dan telah lenyap kesalahan, sesungguhnya adalah kesalahan itu dilenyapkan”.

82. Dan kami turunkan dari Quran itu sesuatu yang jadi penawar dan rahmat bagi mukmin, tetapi tidak menambahkan bagi orang-orang zalim itu melainkan kerugian.

83. Dan apabila kami beri nikmat kepada manusia, berpalinglah ia, dan ia jauhkan dirinya, dan apabila kejahatan mengenai dia, adalah ia orang yang sangat berputus asa.

84. Katakanlah; “tiap-tiap orang beramal menurut tabiatnya, tetapi Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang lebih terpimpin perjalanan nya”.

85. Dan mereka akan bertanya kepada mu tentang roh, katakan lah; “roh itu urusan Tuhan ku, dan kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit”.

86. Dan jika kami mahu, nescaya kami akan hilangkan apa yang  kami telah wahyukan kepada mu, kemudian engkau tidak akan dapat penolong tentang itu, terhadap kami.

87. Tetapi satu rahmat dari Tuhan mu, sesungguhnya kurnia nya atas mu adalah besar.

88. Katakanlah; “jika berkumpul manusia dan jin buat membuat seperti Quran ini, mereka tidak akan boleh membuatkan nya, walau pun sebahagian dari mereka jadi pembantu bagi sebahagian nya.

89. Dan sesungguhnya kami telah ulang-ulangkan bagi manusia didalam Quran ini, tiap-tiap perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia enggan, kecuali kekufuran.

90. Dan mereka berkata; “kami tidak akan percaya kepada mu, sehingga engkau pancarkan bagi kami mata air dari bumi”.
 .
.
.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/junknajid/status/697646125197623297






.

No comments:

Post a Comment